Thursday, January 17, 2008

Selangor pastikan calon bersih: MB

Laporan daripada Berita Harian, 15 Januari 2008:

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor akan memastikan semua calon yang dipilih bertanding pilihan raya umum tidak lama lagi bebas daripada masalah sosial termasuk skandal seks.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kredibiliti calon menjadi faktor utama kemenangan BN pada pilihan raya akan datang kerana pembangkang tiada sebarang kekuatan di negeri itu.

Katanya, BN kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang dan Sekinchan pada pilihan raya lalu kerana faktor calon yang tidak digemari dan bukan pengundi tidak sukakan parti.

"Moral calon akan menjadi kriteria utama dan jika calon ada masalah moral, dia akan kehilangan semuanya termasuk tidak diletakkan sebagai calon. "Kita mahu calon bebas daripada masalah moral dan mampu memberi kemenangan kepada parti," katanya selepas berucap pada Perhimpunan Pagi anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam.

No comments: