Sunday, January 20, 2008

TABUNG PENDIDIKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DIBAWAH KELOLAAN BIRO PENDIDIKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA UNTUK PELAJAR BUMIPUTERA KE IPTS

Dipetik daripada Laman Web Pemuda UMNO Malaysia.
PENGENALAN

Tabung Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia (“TPPU”) merupakan usaha Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia untuk menempatkan pelajar-pelajar bumiputera yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS terpilih di dalam kursus / program tertentu.

Pelajar-pelajar Bumiputera yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma dan ijazah (untuk sesi pengambilan pelajar tahun 2006 dan HANYA kursus-kursus yang ditetapkan) dipelawa untuk memohon TPPU.

Di bawah TPPU, pelajar-pelajar Bumiputera akan menerima biasiswa untuk YURAN PENGAJIAN sahaja (tanpa bayaran balik sekiranya pelajar telah menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan dan mencapai keputusan yang cemerlang CGPA 3.0 dan ke atas).

SENARAI IPTS YANG BEKERJASAMA DENGAN TABUNG PENDIDIKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Kelayakan minima adalah seperti berikut:-
(i) Peringkat Diploma- Lulus SPM dengan 6 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik atau kelulusan yang setara dengannya
(ii)Peringkat Ijazah- Lulus SPM dengan 6 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik atau kelulusan yang setara dengannya- Lulus STPM dengan 2 Prinsipal atau kelulusan yang setara dengannya - Diploma atau- Foundation / Matrikulasi 2.Pemohon mestilah berumur diantara 18 - 25 tahun
3.Pemohon mestilah Bumiputera dan Warganegara Malaysia (mempunyai kad pengenalan yang sah)
4.Maklumat lain mengenai syarat-syarat permohonan TPPU adalah tertera di Borang Pemohonan TPPU [
Muat turun Borang Permohonan TPPU]
5.Sebarang pertanyaan mengenai permohonan TPPU boleh di buat ke:-

TABUNG PENDIDIKAN PEMUDA UMNO MALAYSIAd/a BIRO PENDIDIKAN PEMUDA UMNO MALAYSIATINGKAT 28, MENARA DATO' ONN, JALAN TUN ISMAIL50480 KUALA LUMPUR
Tel: 03-4044 1199 Fax: 03-4044 2199

No comments: